c

Kelas E-Learning – Klik Dengan Bijak

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas untuk Klik Dengan Bijak. Peserta yang terlibat adalah seramai 9 orang. Kelas ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menambah pengetahuan para pelajar tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas dimulakan dengan menayangkan video-video berkaitan dengan Klik Dengan Bijak dan video-video mengenai keselamatan internet.

Soalan berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam video diberikan kepada para pelajar semasa permainan KDB. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali